Aku selalu yakin yang hidup adalah sebuah pilihan. Aku juga tak menolak bahawa adanya tema ‘tiada pilihan’. Aku yakin yang adanya free will sebagai hamba Tuhan. Aku yakin dengan konsep cause and effect in life. Aku tahu adanya boundary yg diletak sebagai pembentengan aksi. Aku yakin adanya balasan pada tiap perbuatan dan pilihan. Aku yakin bahawa manusia adalah ciptaan terhebat oleh pencipta terhebat. Aku yakin kehidupan berTuhan dan DIA adalah pulangan hakiki tiap hamba. Aku yakin, dan yakin ini juga mungkin yang timbul dan tenggelam kerana aku masih abid yang hina. Abid yang terlongo dalam kehidupan dan sering tidak tahu nak menghargai nikmat sebuah pemberian.
Bagaimana aku yakin dengan hal itu semua? Bagaimana aku dapat meyakinkan diri tentang segala yang aku percaya? Bagaimana?? Yea, kerana aku mendaki puncak diri. Aku dan realiti sebuah pilihan. Aku dan kepincangan yang terbeban, lalu aku memilih untuk menyingkap maksud sebenar sebuah pilihan dan erti sebuah kepercayaan.
Bagaimana aku boleh berjaya meyakinkan diri? Pertama dan sejujurnya, lahir segala adalah dari natijah hidup dan ujian melanda. Bila ada kesusahan itu, dan aku jadi insan berfikir. Syukurlah, serapan ilmu dan iman memantau laku selepas itu. Mungkin tak sebaik sufi dan insan taubat, tapinya lahir satu rasa takjub bila bisa menaakul dengan mengambil husnu dzon pada tiap yang terjadi.
Keduanya, hanya kerana aku yakin akan insan lain, di situlah puncanya aku beroleh keyakinan hakiki. Yea, yakinku pada segala yang bermaksud tulen. Tanpa bohong dan ragu. Aku ada pilihan untuk mengatakan ia karut namun bila hati dah percaya, aku takkan sekali berundur menerima (cuba menyelongkar, mencari sahih dan batil sebelum segalanya diteruskan)
Aku menilai apa yang aku lihat. Melihat dengan mata hati (kata Dr Tuah) Melihat dan berfikir dengan aqal kecil (aqal besar selalu memporakperanda rasa) Melihat segala dengan nilai iman yang tak banyak mana (dan aku terlalu bersyukur, kerna dalam rasa jauh, TUHAN masih lagi memberi segala nikmat ini.
Bila berbicara, aku cuma ingin berkongsi. Yea (sebenarnya cuba mendapatkan kekuatan buat diri) Ini caraku meningkatkan nilai kendiri dan apresiasi diri. Yang aku cuba percayakan tentunya kelebihan dan kekurangan diri. Siapa lagi yang nak berfikir kalau bukan aku. Ya, cara aku dan erti penghargaan. Kerna aku sayangi aku dan aku memilih untuk segala yang terbaik (walau ada banyak masa juga, pilihan aku merosakkan nilai iman)
Pernah aku suarakan, aku lahir sebagai insan berhati kecil dan berjiwa besar (aku tak pasti apa sebenar kondisinya) Cuma, dilewat kematangan yang aku sedari, aku nampak diri dan keperluan ini. Orang dan aku sendiri yang mula menjabat tahniah atas diri aku dan kejayaan di pundak rasa (buat aku belajar betapa aku adalah ‘seseorang’ kini) Aku yang punya hati kecil namun berjiwa besar..heh!
Aku cuma mampu mencari nilai kepuasan hati. Cuba memenuhi apa yang kurang pada diri, dengan caraku sendiri. Aku mungkin tak layak nak melakukan segala yang besar. Konsep apreasiasi diri ku guna utk mencari aku dalam keriuhan insan lain. Guna apa yang aku mampu utk menilai diri, mencari aku dalam liburan hati dan kegemilangan semalam. Mencari aku di sisi Tuhan. Mencari..dan dakian ini namanya ‘mencari aku di puncak kendiri’.
Aku buat apa yang aku mampu dan inginkan kerana yakin Tuhan itu indah dan lebih tahu terbaik buatku..lalu aku gembira kerana TUHAN memberi aku fikrah mentafsir semalam. Benarlah bahawa insan itu fitrahnya ingin berTuhan (enak rasa bila hidup dikelilingi sebuah harapan abadi yakni pencipta teragung dunia)
Atas segalanya, itulah yang aku panggil motivasi. Aku katakan bahawa Allah sebagai supermotivasi. Satu kuasa yang menggerakkan segala pilihan, keyakinan dan aku yang lemah ini. Itulah motivasi sebenar dan aku tahu masih ada banyak ‘ikan di lautan’. Jika aku tak dapat yang besar, supermotivasi ku itu telah pun dicerakinkan pada benda lain yang memungkinkan aku untuk mengesan di mana agaknya kuasa terhebat motivasi tadi pergi (Aku nyatakan tentang hakikat berfikir, melihat melalui hati nan nian) Dan mungkin juga ikan besarku telah berada di pasar. Jadi, tak payah bersusah mengail, rupanya ia dah pun berada di depan mata. Haha..tak melihat dengan mata hati lalu rupanya segala sudah tersedia. Yea, aku tak nampak! (walau aku cuba mendapatkan ikan besar itu secara bersusah, DIA rupanya telah kirimkan ikan kecil utk membantu aku) Dan yang mahu melihat dengan mata hatinya, dia akan nampak betapa Tuhan itu adil.
Di lautan…kadang tak jumpa apa (ikan besar itu mungkin jua telah dipancing) maka sekarang ianya adalah satu pilihan, nak ke tak nak utk membeli ikan besar tu. Yea, ada konsep membeli dengan Tuhan, tahukah? (Baik–pahala/Buruk-dosa) Dan jika keadilan dipratikkan dalam urusan jual beli itu, maka segalanya berjalan baik (tiada riba’, tiada rasa tak puas hati) InsyaAllah, akan terlahir ketenangan dek mendapat ikan besar, supermotivasi teragung.
Faktanya, ini semua satu pilihan (sama ada nak menerima atau tidak motivasi tadi) Yea, segalanya pilihan kerana sesungguhnya motivasi itu ada di mana saja. Tak sakitkah jika tak mahu memancing jua ikan kecil tadi utk sekadar mengalas perut? Betah benarkah nak menanti ikan besar hadir (dan mungkin sebenarnya telah lama wujud tanpa disedari..ikan besar itu ada di pasar..heh!)
Yea, Allah katakan..berfikirlah. Fikir pada apa yang terbentang di depan matamu dan kau akan kenali AKU tuhanmu. Fikir dan zikir. Fikir dan menilai segala dengan mata hati. Zikir bila mengingati segalanya dari Allah. Zikir dengan bantuan AlQuran dan Sunnah. Fikir dan Zikir, cari kedamaian pada apa yang namanya kehidupan. Sungguh, hidup ini namanya ujian. Jika kertas ujian ini tak dipenuhi (dibiar kosong tak berjawab) maka akan adakah markah yang diberi? Bagaimana nak tahu kita berjaya atau tidak? Ermm..fikirlah, kerana aqal saja yang membeza antara manusia dan malaikat. Zikirlah, kerna dengan mengingati Tuhan, hati pasti menjadi tenang. Aku berkata semula tentang motivasi dan pilihan, juga supermotivasi teragung.
Yea, kehidupan dan sebuah pilihan. Pilihan itu suka juga aku kaitkan dengan isu memujuk diri dan kepercayaan utk menilai sesebuah keputusan. Kita mengawal sebenarnya sesuatu keputusan itu dan bila nilaian itu dipaksi pada agama, makanya setiap yang diputuskan itu pastinya ada natijah kebaikan. Pilihan dan memilih?? Orang lain tak boleh berbuat apa jika aku masih terjal. Tiada apa kan berubah jika aku tak mahu menerima segala.
Bersambung…
No comments:
Post a Comment